Saturday, July 10, 2010

dream in Islam point of view

Salam Warahmatullah
yeah!! aku nak citer sket pasal mimpi nih. sebab baru2 ni( sebelum masuk intec r ), aku de pergi ceramah subuh ustaz kazim elias. die bwat tiap2 ahad lepas subuh...dekat nak habis holiday baru nak merangkak ( ok, aku tipu. merempit ) pegi masjid....ish3

so, mengenai mimpi ni. ade orang yang kerap mimpi, ade yang jarang mimpi..tapi hakikatnyer, 'phase mimpi' ni, berlaku tiap2 kali kite tido. cume kehendak tuhan je yang nak bagi kite mimpi ke x. sebab bile kite mimpi, otak kite akan jadi x aktif tapi berbentuk gelombang, die akan naik turun dari aktif ( phase alpha ) ke aktif ( phase beta ). dalam phase aktif inilah, kite akan dapat kemungkinan untuk bermimpi..selalunye phase ni occur dalam 3 4 kali semalam. kalau nak check orang tgh tidur tgh mimpi ke x, tgok anak mate die. kalau gerak2 tu, mungkin sedang mimpi..haha. sume mende aku cakap nie, aku dapat dari pesta SEM type III kat mrsm taiping..huhu deorang bwat satu alat yang boleh stabilkan otak kite ke paras aktif sentiase...so, teori diorang, kalau menjadi, kite boleh tentukan ape kite nak mimpi hanya dengan fokus sebelum tido..sebab ape yang kite fikir tu akan jadi direct stimuli ke mimpi kite...menarik kan?? haha tapi sayang, hanya sekadar TEORI

oklah, ustaz kazim cakap kite pada akhir zaman ini, mimpi umat Islam akan semakin menjadi realiti. maksudnye, kebarangkalian untuk mimpi korang jadi btol semakin tinggi. tambahan lagi, kalau kite dari orang yang jujur, x suke menipu..maka mimpi kite pon x menipulah. lagi satu, mimpi ini merupakan 1/45 daripada bahagian kenabian. sebab wahyu bole diturunkan melaui mimpi seperti nabi yusuf. ak xingat cite die haha... die cakap mimpi ni ade 3 jenis
1. Mimpi dari Allah s.w.t.
mimpi dari Allah ni, mimpi yang baik, dan bermotif memberi petunjuk..hanya mimpi dari Allah yang ade tafsir. dan tafsir nie dari hadis..ustaz tu ade gtaw, tapi aku x ingat (dan x jumpe kat google :P). haha tapi aku ingat, mimpi pasal air sumenye ade tafsir

2. mimpi dari syaitan laknatullah
mimpi jenis nilah yang orang cakap nightmare. yang mane korang rase x menyenangkan, ataw lagi teruk, korang terjage kerana mimpi itu, sampai berpeluh2, sampai menggigil. korang pernah x?? aku pernah. haha xyah cite r. kalau korang nak nightmare, senang je, jangan basuh tangan ataw kaki bersih2 sebelum tido. try r. haha. kalau korang mengalami mimpi macam ni, ade step die

a. bangun dan berdiri dari tempat tidur.
b. ludah ke kiri 3 kali. pastu bacalah 'auzubillahiminasyaitonirrajim waminsyarrima roaitu'
c. bwat solat tahajjud ke, solat hajat ke, jangan tidur balik. kalau nak tido balik, sile tidur di tempat lain.
d. jangan cerite kat orang lain, dan bertawakkallah

3. mimpi dari pengalaman lepas.
mimpi jenis ni boleh dikire 'trash dream'. sebab xde pape maksud. selalu kerap terjadi pabila korang terbawak2 perkara di siang hari sampai termimpi2. contoh lah, siang tadi, korang ade jumpe kawan lame, pastu malam tu, korang mimpi deorang. haha.. selalunye akan terjadi pada awal waktu korang tido, maksudnye sebelum korang nyenyak. dalam pukul 1 pagi gitu
antara mimpi yang baik adalah mimpi korang dirantai di kaki. maknanya korang akan kekal beriman. sebaliknya, mimpi korang dirantai di leher membawa maksud korang akan dikongkong ataw terpengaruh. so banyakkan beristighfar kalau dapat mimpi camnie. semua yang ustaz kazim ni, berdasarkan himpunan hadis sahih muslim, dan aku berjaye cari. yess!!

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, iaitu mimpi yang datang dari syaitan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan solat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4200

dan satu lagi:-

Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4195

korang taw x solat istikharah, keputusannya boleh didapati dari mimpi. contoh la..korang xtaw nak masuk U mane. korang bwat solat istikharah 2 rakaat, mintak tuhan kasi petunjuk. pastu terus tidur..insyaallah dapat mimpi. camne nak taw bende tu baik ke x? ade hint die..tgok mane yang lebih natural. maksudnye yang ade sungai2, pokok2, serba putih, itulah yang baik...

dan ramai orang yang nak bermimpi jumpa nabi muhammad s.a.w. bertuahlah siapa yang dapat. aku pon nak gak. kalau korang berhajat, pon ade care die. 1st, solat hajat sebelum tido. 2nd, ade doa die, tapi aku lupe :P sorri. 3rd, pastikan tempat tidur korang bersih. kalau korang dapat mimpi camnie, jangan ragu2 sebab :-

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4206

wallahualam

7 comments:

  1. taufiq kau kat surau al ikhwan dulu diam je, padahal banyak ilmu

    ReplyDelete
  2. oh nono...aku xcukup ilmu r nak sampaikan directly..aku mane hafal hadis2 ni.. dan umm..xreti berucap?? haha :D

    ReplyDelete
  3. pasal istikharah tu sbenanye tak bpe tepat. ramai yg sangka ble istikharah, jawapan akan kuar dlm mimpi. tp bkan camtu 100%. ade kemungkinan akan dapat mimpi, tp byk jugak yg dapat jawapan dengan digerakkan hati ke arah yg lebih yakin. as in, tak mimpi un, tp cme mendapat gerak hati untuk buat sesuatu perkara tuh. jd jawapan istikharah ni bukan drpada mimpi semata-mata. tetapi juga drpada hidayah Allah yg datang dr sumber yg lain..
    wallahualam..

    ReplyDelete
  4. oh sorri..aku x specific kan pon. haha tapi terima kasih..yup. papehal pon, tawakkal sahaje, Allah kan maha mengetahui..

    ReplyDelete
  5. sebab tu aku tulis, 'boleh didapati' dan bukan 'akan didapati'...hehe
    terima kasih sekali lagi :D

    ReplyDelete

wanna see more?

Related Posts with Thumbnails