Wednesday, August 11, 2010
a chance to make a change...
Alas, I get to update my blog. uhuukk uhukk!! (dah bersawang).
well, I got nothin to update bout my life act. yep, typical students life; get assignments, make presentation, quizzes, test and bunch of that. this is hard, that is easy...arghhh!! u dont wanna see dat!!( well, I dont ). ok, as ye know, a series of happiness is coming, its ramadhan-month of victory, purity, hope, and of oppoturnity. now is a big chance for us to change, as devil is not around. trust me, you'll regret if you doesnt do it now. this is the time for:
1. smokers to stop smoking.
2. cursers to stop cursing.'
3. sleepers to stop sleeping excessively :D
4. couples who do not love for the sake of god to stop whatever theyre doing.
5. laziers(do not use in ur writing) to become less lazy.
6. those who solat 5 waktu rongak2 to fix it back.
7. those who solat last minute to be more concern bout time. solat awal waktu.
8. those who do not wear tudung, wear a blood-squeezing outfit, and any other kind of malfunction clothing to deal with it. you know its wrong.
9. those who ponteng2 puase last year to make sure it wont happen again.
10. those who watch porn, or any other kinds of obviously forbidden thingy to stop watching it.
11. those who have a nemesis to forgive and forget their mistakes, and befriend wif them back.
12. those who are good in their ibadah, to maximize their deeds.
13. and the list goes on.
so, I ask you to join me, lets be better together!!!!
(actually, I've an artwork to show, but, just one. unedited. I even have a hadis to share but uh.. ive been quite busy rite now, and the rate increase by time..please understand that. tq)
Saturday, July 24, 2010
last sermon..
ni khutbah terakhir Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. yang disampaikan pada hari jumaat, 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah sebelum baginda wafat pada hari Isnin 1hb. Rabiul Awwal tahun 11Hijrah bersamaan dengan 25hb. Mei 632M. oh, lupe lak. khutbah ni disampaikan di Lembah Uranah, Gunung Arafah. yup, maksudnye ni kategori hadis laa..
hayatilah, moga ada manfaat...
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba hambaMu.
(petikan khutbah diambil dari buku - Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W,Penyusun :Abu Hikmah Al-Husni,Penerbit : DarulNuman
Wallahualam
Saturday, July 10, 2010
dream in Islam point of view

so, mengenai mimpi ni. ade orang yang kerap mimpi, ade yang jarang mimpi..tapi hakikatnyer, 'phase mimpi' ni, berlaku tiap2 kali kite tido. cume kehendak tuhan je yang nak bagi kite mimpi ke x. sebab bile kite mimpi, otak kite akan jadi x aktif tapi berbentuk gelombang, die akan naik turun dari aktif ( phase alpha ) ke aktif ( phase beta ). dalam phase aktif inilah, kite akan dapat kemungkinan untuk bermimpi..selalunye phase ni occur dalam 3 4 kali semalam. kalau nak check orang tgh tidur tgh mimpi ke x, tgok anak mate die. kalau gerak2 tu, mungkin sedang mimpi..haha. sume mende aku cakap nie, aku dapat dari pesta SEM type III kat mrsm taiping..huhu deorang bwat satu alat yang boleh stabilkan otak kite ke paras aktif sentiase...so, teori diorang, kalau menjadi, kite boleh tentukan ape kite nak mimpi hanya dengan fokus sebelum tido..sebab ape yang kite fikir tu akan jadi direct stimuli ke mimpi kite...menarik kan?? haha tapi sayang, hanya sekadar TEORI
oklah, ustaz kazim cakap kite pada akhir zaman ini, mimpi umat Islam akan semakin menjadi realiti. maksudnye, kebarangkalian untuk mimpi korang jadi btol semakin tinggi. tambahan lagi, kalau kite dari orang yang jujur, x suke menipu..maka mimpi kite pon x menipulah. lagi satu, mimpi ini merupakan 1/45 daripada bahagian kenabian. sebab wahyu bole diturunkan melaui mimpi seperti nabi yusuf. ak xingat cite die haha... die cakap mimpi ni ade 3 jenis
2. mimpi dari syaitan laknatullah
a. bangun dan berdiri dari tempat tidur.
b. ludah ke kiri 3 kali. pastu bacalah 'auzubillahiminasyaitonirrajim waminsyarrima roaitu'
c. bwat solat tahajjud ke, solat hajat ke, jangan tidur balik. kalau nak tido balik, sile tidur di tempat lain.
3. mimpi dari pengalaman lepas.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi s.a.w. bahawa beliau bersabda: Ketika kiamat telah mendekat, mimpi seorang muslim hampir tidak ada dustanya. Mimpi salah seorang di antara kalian yang paling mendekati kebenaran adalah mimpi orang yang paling jujur dalam berbicara. Mimpi orang muslim adalah termasuk satu dari empat puluh lima bagian kenabian. Mimpi itu dibagi menjadi tiga kelompok: Mimpi yang baik, yaitu khabar gembira yang datang dari Allah. Mimpi yang menyedihkan, iaitu mimpi yang datang dari syaitan. Dan mimpi yang datang dari bisikan diri sendiri. Jika salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan, maka hendaknya dia bangun dari tidur lalu mengerjakan solat dan hendaknya jangan dia ceritakan mimpi tersebut kepada orang lain. Beliau berkata: Aku gembira bila mimpi terikat dengan tali dan tidak suka bila mimpi dengan leher terbelenggu. Tali adalah lambang keteguhan dalam beragama. Kata Abu Hurairah: Aku tidak tahu apakah ia termasuk hadis atau ucapan Ibnu Sirin
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4200
dan satu lagi:-
Hadis riwayat Abu Qatadah ra., ia berkata:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Mimpi baik (rukyah) itu datang dari Allah dan mimpi buruk (hilm) datang dari syaitan. Maka apabila salah seorang di antara kalian bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah dia meludah ke samping kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah dari kejahatannya sehingga mimpi itu tidak akan membahayakannya
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4195
korang taw x solat istikharah, keputusannya boleh didapati dari mimpi. contoh la..korang xtaw nak masuk U mane. korang bwat solat istikharah 2 rakaat, mintak tuhan kasi petunjuk. pastu terus tidur..insyaallah dapat mimpi. camne nak taw bende tu baik ke x? ade hint die..tgok mane yang lebih natural. maksudnye yang ade sungai2, pokok2, serba putih, itulah yang baik...
dan ramai orang yang nak bermimpi jumpa nabi muhammad s.a.w. bertuahlah siapa yang dapat. aku pon nak gak. kalau korang berhajat, pon ade care die. 1st, solat hajat sebelum tido. 2nd, ade doa die, tapi aku lupe :P sorri. 3rd, pastikan tempat tidur korang bersih. kalau korang dapat mimpi camnie, jangan ragu2 sebab :-
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa melihatku dalam mimpi, maka dia benar-benar telah melihatku. Sesungguhnya syaitan tidak dapat menjelma sepertiku
Nombor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4206
wallahualam
Saturday, July 3, 2010
bumptious
well, almost all my friends had continue their study. and my turn had come. I'm gonna register for INTEC this Sunday. soo, maybe I aint gonna be active like before...I would like to take this oppoturnity to apologize to all of ya who read my blog. for sometimes( most of the times act), It got nothing beneficial . so, I'm sorry for wasting ur time..no, really I'm soo sorry.
so the next time, starting rite now, I'll give u something to ponder. even if its not the main point. I'll try.. SO, before I start yadda-yaddaing bout my art,I would like to elaborate bout 'arrogant' or sombong dan takbur =)
sifat sombong ni amat tidak disukai oleh allah. banyak firman Allah s.a.w. yang mencela dan mengutuk orang yang sombong. antaranye, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:-
Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. [Surah Luqman:18]
Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.
Al-A'raf ayat 40
Sebenarnya, bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur
Al-Nahl ayat 23
Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) – muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka Jahannam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
Az-Zumar ayat 60
yup..so I would like to share some tips from beloved Imam Al-Gazali about how not to be arrogant or sombong, takbur,dan yang sewaktu dengannye :-
1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah
so kengkawan, saye ingin memberi peringatan, sehebat, sebijak, seobviously better mane pon kite dengan mane2 makhluk Allah, janganlah kite sombong ngan die. mane anda taw, tah2 satu hari nnti die akan jadi baik, malah mungkin lagi baik dari anda...ok? wallahualam..( aku igt nak wat selingan je, tapi sbb panjang sangat, aku wat post pasal art asing :P)
Saturday, June 19, 2010
unexpected solution..
Before this I got one problemo bout my Ibadah. that is being hard to kusyu' in my solat. yup. everytime I perform my solat, my mind will like..wander, about dunya thingy. anything. from what to do next, to ummm...food and peoples, even about the sejadah I'm standing at. haha. but It turns out that thingy had slowly gone. I figure out why and how. maybe it's becoz solat jemaah. before this, I hate solat jemaah. excuse? this kusyu' stuff. haha jahiliah btol. but, as the old says 'alah bisa tegal biasa'. so maybe going to the mosque is the solution. and one more. tahlil. yup. trust me. if u got the same problem like me, I suggest you to do this. perform solat berjemaah and to tahlil. insyaallah, it'll work. i pray for ya!!
Saturday, June 12, 2010
Niat Murni...
biase:-
1. salam dengan duit di tangan : yg ni popular. selalu je ak tgok. kekadang tu x kene mase pon ade, tgah sembang2, tetibe salam, gelak2 ataw sambung sembang. haha
2. peluk, pastu letak duit dalam poket baju : ni style ayah ak, slalu gak jumpe org lain buat. macam kasi rasuah/dadah pon ade. haha
pelik:-
3. selit bawah buku ataw perkakas rumah yg selalu digune
4. selit dalam hadiah biase, contoh: buku yaasin.
tahap hagemaru:-
5. letak dalam tandas dengan nota: ni ak penah jumpe. haha da r banyak, 100. gile ah. ntah2 org tu x amik pon.
6. letak dalam poket/ pampers bayi orang yg berkenaan: wtf???
7. bwat2 berhutang dengan orang berkenaan, pastu kasi sedekah sambil kenyit mate: ..no komen
sume ni ak penah jumpe/tengok..hahaha dan ak rase ad yg lagi pelik kot. sgt pelik sampai ak x nampak :P
so konkusinye, jom amalkan sedekah!!
Friday, June 4, 2010
sigh..~

please, do open ur heart. simply by solat 5 waktu..itu pun dah cukup..why should u object such thing? absurd, I say.
NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA : "BARANG SIAPA YANG TIDUR NYENYAK DAN TIDAK MENGAMBIL PEDULI URUSAN UMAT ISLAM, MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA (yakni bkn dr golongan umat Islam)." (Hadith Riwayat al-Baihaqi dalam 'Shuab al-iman', at-Tabari, Abu Nu'a
Tuesday, June 1, 2010
My theory - Zionist deep secret of success

everyone was aware of what's happening on the 31th of May, the attack from Israel really puts all the world to rage and anger. sure why not,what they, the zionist do obviously against humanity. then it got me thinkin, how do they do it like that without fear or doubt. now let's look back on how can they do it? I mean all this time they were doing it. this notrocity. How can they, the Zionist, get away with all their dirty crime? to answer this, we have to look back on what they do, what they've achieve so far that we should thank them? yup. the Zionist, or should I say, the jewish( I dont wanna use jewish pretty much coz theres also a jew in US, UK, and German), have been a very bright, succesful people that they called themselves peoples of God.

the Jews have achieve such achievement that we are too smart to ignore. seriously. I mean, do you know Albert Einstein? the theorical physicist? yah of course you do!ok, how about Niels bohr? the chemist. ok that's preposterously easy. here's more of jew's wall of fame:-
Lazlo Biro- inventor of ballpoint pen (jename Biro tu dari die r, boikot!)
Levi Strauss- inventor of Jeans (same case as above)
Robert Adler-inventor of remote control (berat hati nak berterime kasih kat die..T-T)
Gordon Gould-inventor of laser
David Blaine, David Copperfield, Houdini - famous magician.
"In Effort to Lift Their Rankings, Colleges Recruit Jewish Students." That was the front page headline from the April 29, 2002
SAT test was originated by Stanley Kaplan, who is, yeah..a Jew( tgok ni yus!! :D)
At Harvard, the current enrollment is 26 percent Jewish, 17 percent Asian, 7 percent black, 8 percent Hispanic and 1 percent American Indian/Alaskan native. In short, the minorities are the majority at Harvard.( 1998 )
◦David Akerlof - UC Berkeley
◦Kenneth Arrow - Stanford and Harvard
◦Gary Becker - University of Chicago
◦Robert Fogel - Harvard and University of Chicago
◦Milton Friedman - University of Chicago and Hoover Institute at Stanford
◦John C. Harsanyi - UC Berkeley
◦Kaniel Kahneman - Princeton University
◦Lawrence Klein - University of Pennsylvania and Oxford
all these are the professor who won nobels for economics.
Jews won 14 percent of the Nobels. Between 1950 and 2000, however, they won 29 percent - this after six million Jews, roughly one-third of their total population, were destroyed in the Holocaust.
◦Artists & Entertainers: Richard Rogers, Oscar Hammerstein, Bob Dylan and Steven Spielberg
Jews dominate Chess. Jocks they may or may not be, but chess champions, they most certainly are. Of eighteen recognized World Chess Champions since 1866 at least seven, and perhaps as many as ten, are of Jewish ancestry and of them, a surprising number are half Jewish
Karl Max-revolutioner, philosopher..
See? the truth is jew really outshine other ethics. wether we like it or not, we have to agree. as I stated above, they( and even some other peoples) call themselves the people of god. why on earth?? here's my perception. remember back in the age of Moses, after they crossed the Red Sea to run away from Pharaoh? well, after that, the Jewish said to Moses that they were hungry. then moses pray to Allah for help. after that, Allah send them food. manna and salwa from heaven :-
Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman): “Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri

the gathering of manna-art from jew artist
So, my theory is that they, the Jews had became so smart due to this incident. yes, their people, have ate food from heaven. so it's like little piece of heaven is in their blood all the time. its no wonder. It's like, heaven, one of God's greatest creation so their food must be so good, it affect the Jew's mentality. but sadly, It has been misused by them to dominate the world-in the wrong way. you get the picture rite? I hope so, coz I don't wanna elaborate more. kerane saye tidak berilmu dalam hal ini. wallahualam..
Monday, May 31, 2010
going up..with colors!!
but the only thing Im sharing here is my drawing hehe so heres the latest..
.jpg)
.jpg)
yela tapi nak kaler ko susah taw x!!?
O yeah I'm so gonna make you a tee-shirt!! ill tell you how I color all my drawings
1. draw using marker, pen or pencil sketch
2. crop using photo viewer
3. maximise contrast( to reduce unnecessary detail like paper texture, and dirt )
4. open with paint. remove any other unnecessarities
5. fill up space by using bucket tools.last touchup using photo gallery( usually adjusting hue, colour temperature and tint)
6. upload!!
.jpg)
the quickest yet meaningful :D
I finish drawing this(including editing) by 20 minutes +- which is a record!( even the diver drawings takes an hour!). this I made after the breaking news of Gaza convoy attack by Israel. You might seen the news in the tv or internet. Its rather sad and dissappointing, but whatever it is, something's gonna happen after this. whatever the response, will have a BIG effects on world specifically to Muslim. here you can watch this clip from facebook http://www.facebook.com/video/video.php?v=128637640495116
now that you've watch it, I ask you, do you see any kind of threat in the activist? I mean look, they were defendless, far more impossible to be accused armed. and look, theres an old folks who the oldest is 88 years old! and also women on board and a one year old child!! yea israel is soo in trouble explaining this to the world. yea now that their true face is revealed. my opinion of whats happening next?? I dunno, but Im pretty much think that it will turn worse for us muslims. why?? coz I read The Holy Quran. that's why...
well that's all for the drawing..
I hope by sharing this helps whoever interested in art to learn. (ini ilmu jugak!!)
btw, this evening im not drawing. Im writing a report of ahmad deedad's debate. credit to luke .logan :D
Thursday, May 20, 2010
al-qiyamah..
Al-Qiyamah surah 75
[1]
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
[2]
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
[3]
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
[4]
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
[5]
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
[6]
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8]
Dan bulan hilang cahayanya,
[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
[12]
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
[13]
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
[14]
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
[15]
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
[16]
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
[17]
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
[18]
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
[19]
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
[20]
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
[21]
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
[22]
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
[23]
Melihat kepada Tuhannya.
[24]
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
[25]
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
[26]
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”
[28]
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).
[31]
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
[32]
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
[33]
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
[34]
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
[35]
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
[36]
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
[37]
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
[38]
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
[39]
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.
[40]
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
Thursday, May 13, 2010
that feeling when you defeat yourself

humm, I feel bad because I failed to istiqamah in my ibadah as planned. on the other hand, it seems that its slightly affected by mood, which is wrong. sigh, I'm happier in my ibadah when i'm happy and lazier when i'm sad/depressed and its uncontrollable. which can't be an excuse either. god, why is it so hard to be good???
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. an-nahl ayat 128
- change personality: funny/clumsy>cool/neat
- zero cursing
- dont be lackey and mundane
- study seriously
- play seriously
- be more brave, shout your thoughts( useful one for sure )
- zero talkin trash
- gain respect( yes, im lack of it in taiping T-T)
- ummm, ha! be thinner( 218 flight of stairs waitin, I see bright light )
- survive
huaaahh, owh and by the way, I'll be making spectacles tomorrow insyaallah. you know what that mean..me eyes....T-T
zzzzzzzz....
Friday, April 30, 2010
the best of me have already begone...
huhh...camnie, ak rase ape ak wat sekarang ni x sehebat ak yg dulu. dulu tu maksud ak time kat sekolah. skang ak amek ringan jew pasal ibadah..tapi alhamdulillah r yg wajib ak x tinggal. ak sedar ni bile ak ajar adek ak ngaji tadi( ak bkan hebat sgt pon, tapi btolkan tajwid tu boleh dah, +mak ak sebok). lepas abes ngaji, kitorang sambong bace yasin, sambil ak bace tu, tetibe adek ak tegor '' bangcik, asal sedih ni?'' haha ak baru perasan yg mate ak berair. pas abes, ak masok bilik, kunci. pastu belek quran, ak tgok surah as-sajjadah, al-mulk, al-waqiah....
ak jadi hiba sbb ak ingt lagi dulu amalan ak lagi baek, terutamenye waktu puase taon lepas(di ambang SPM)....dulu ak bole bace yasin 2-3 kali satu malam dengan rela. wat ibadah sume niat kerane allah(wallahualam), xde riak2. sekarang rase berat je, bace pon da x selancar dulu...ak sedih dow, bile muhasabah diri aku balik, rase teruk sangat...baru ak sedar berubahnye ak dulu dan sekarang, betape cuti ni menghancurkan hidop ak. totally....humm, solat pon same, ak mmg r x tinggal, tapi ak wat sbb die wajib je, x sehepi dulu, x sebermakne dulu. korang penah x nanges waktu solat?? mesti penah nyer. yup, korang rindu x saat tu??? ak rindu sgt...haha sebab tu r ak tulis kat status aku di facebook yg ak nak ade peperiksaan. coz bile ade exam ak jadi rajen solat. hahaha tapi xleh camtu. skang ak nak berubah, tuka balik jadi diri ak yg dulu. ak nak rajen pegang quran balek. ak nak amalkan balik solat2 sunat...astaghfirullah, asal sedih sangat nih???
waaaaaaaa....ok2, so ak nak try amalkan balik ape yg ak wat dulu dan insyaallah istiqamah kali ni, alhamdulillah r, ak taw tuhan mmg sayang ak. asal ak leka je, mesti tuhan anta something nak peringatkan ak balik supaye ingat die...alhamdulillah...
so kawan, repent. while we still can...
sebab mmg akan tibe satu hari dimane pintu taubat ditutup...
membentangkan tangan rahmat-Nya pada waktu malam hari
agar pelaku dosa pada waktu siang hari bertaubat.
Dan mengulurkan tangan-Nya pada waktu siang hari
agar pelaku dosa pada waktu malam hari bertaubat
sampai matahari terbit dari barat.

klik r kalau xnak rabon...
so, belajarla terime yg kite ni umat akhir zaman ok??? on top of that, ingatlah mati itu lebih hampir...
Thursday, April 29, 2010
back to de ol skool habit, nescafe frenzy!!!
